Penyerang prolifik Harimau Malaya, Syafiq Ahmad diumumkan secara rasmi sebagai pemain Kedah Darul Aman FC.


Beliau sebelum ini pernah beraksi bersama Kedah selama 3 musim berpindah ke Johor Darul Ta’zim pada tahun 2018 dan kini kembali ke pangkuan Kedah Darul Aman dengan perjanjian pinjaman untuk musim 2022.


Syafiq Ahmad sebelum ini mengalami kesukaran menembusi kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim dan perjanjian pinjaman ini dijangka bakal memberikan beliau peluang beraksi sekaligus memperbaiki prestasi cemerlang yang pernah beliau miliki sebelum ini.