Keinginan untuk terbang ke pentas Asia mendorong bekas pemain Perak FC, Syahir Bashah memilih Selangor FC dalam harungi saingan Liga Malaysia musim ini.
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal, bintang muda Selangor FC ini berkeinginan tinggi untuk memimpin Selangor ke pentas Asia selain menghadiahkan Piala pada musim ini.
Pemain muda kelahiran Perak ini menyertai Selangor FC pada musim ini selepas prestasi cemerlang yang ditampilkan bersama Perak FC musim lepas.
Ketua jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner antara individu yang mengesan bakatnya yang akui sedar bahawa ada potensi besar pada anak muda ini.
Selangor mula langkah kanan apabila mudah benam cabaran daripada pasukan Liga M3, Harini FT yang berkesudahan Selangor FC 6 – 0 Harini FT.
Syahir Bashah diberi kepercayaan untuk beraksi dalam kesebelasan utama semalam yang juga merupakan debut pertamanya bagi saingan Piala FA sekaligus berjaya meletakkan nama sebagai penjaring keempat buat Selangor FC.