Harimau Malaya
Azri/Makanbola
Advertisements

Syahmi Safari kekal positif dengan cabaran Malaysia apabila berpandangan jurang Malaysia dan pasukan Arab tidak terlalu besar.

“Ini Piala Asia pertama buat saya dan rakan-rakan. Sebelum ini kami pernah bermain di Piala Asia Bawah 23 pada tahun 2018 namun inilah Piala Asia yang sebenar.”

“Jurulatih memberitahu kami akan menjalani latihan berintensiti tinggi untuk menyesuaikan diri dengan perlawanan sebenar. Semua pemain sedang berikan 100% untuk tingkatkan momentum pasukan.” ujar Syahmi kepada pihak media.

Advertisements

Sewaktu ditanya mengenai peluang Malaysia menentang Jordan dan Bahrain, pemain berusia 25 tahun itu kekal optimis dengan kemampuan Harimau Malaya.

“Kelebihan fizikal berpihak kepada negara Arab, namun dalam aksi kelayakan yang lalu kita telah buktikan kita mampu bersaing dan jurang tidak terlalu besar.”

“Yang penting adalah semangat dan komitmen para pemain untuk bekerjasama dan berikan yang terbaik.” katanya lagi.

Advertisements
Akhyar Rashid Syria Malaysia FA Malaysia Syahmi Safari: Jurang Malaysia Dan Pasukan Arab Tidak Terlalu Besar
Malaysia catat keputusan seri 2-2 menentang Syria pada September lalu

“Dua perlawanan awal sangat penting untuk kita dapatkan mata semaksima mungkin namun kita perlu realistik.”

“Malaysia dan pasukan Arab miliki jurang yang tidak terlalu besar tetapi itu bergantung kepada pemain untuk merealisasikannya di atas padang.” ujar Syahmi lagi.

Malaysia akan menentang Syria pada Isnin ini selaku perlawanan pemanas badan sebelum bertemu cabaran Jordan dalam aksi pertama kumpulan E Piala Asia 2023.

Advertisements

Kelibat Jalil Elias turut menjadi tumpuan ramai setelah pemain Syria itu bakal memperkuatkan JDT untuk saingan liga Malaysia musim 2024 kelak.

Syria memilih Kyrgyzstan dan Malaysia sebagai persediaan awal di Qatar setelah mereka ditempatkan dalam kumpulan berbahaya bersama-sama pasukan India, Australia dan Uzbekistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram