Syahrian Abimanyu: Saya Tidak Berfikir Panjang Apabila TMJ Inginkan Saya
Dunia
Advertisements

Syahrian Abimanyu (22) kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim setelah kontrak pinjaman di Newcastle Jets tamat.

Beliau beraksi bersama Newcastle Jets sebanyak 3 perlawanan dan beraksi dengan baik ketika bersama Timnas Indonesia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia / Asia di UAE baru-baru ini.

JDT kini mendaftar Syahrian untuk kempen Liga Super 2021.

Advertisements

Syahrian Abimanyu: Saya Tidak Berfikir Panjang Apabila TMJ Inginkan Saya

Peluang untuk melihat aksi pemain tengah pasukan kebangsaan Indonesia, Syahrian Abimanyu membarisi skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya tiba apabila perancang muda tersebut telah berjaya didaftarkan untuk baki saingan Liga Super musim ini.

Bekas pemain pasukan Madura United ini telah melengkapkan perpindahannya dari negara seberang pada Disember akhir tahun lalu dengan menandatangani kontrak jangka panjang bersama pasukan berpangkalan di selatan tanah air itu sehingga penghujung 2023.

Abi turut mengakui keputusan untuk berhijrah ke pasukan elit seperti JDT didorong oleh Presiden Madura United sendiri iaitu Achsanul Qosasi yang memberi kepercayaan dan sokongan penuh buatnya untuk menerima tawaran tersebut. Beliau juga yakin bahawa Abi akan berjaya menembusi skuad gergasi itu dengan kebolehan dan bakat yang dimilikinya.

Advertisements

Pemain tengah berbakat ini jelas teruja dan berbesar hati apabila diberi peluang oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang ingin menjadikannya sebagai salah satu anggota dalam keluarga besar JDT. Beliau juga menghargai usaha Insa Brothers dalam menjayakan impiannya ke kelab tersebut di samping tidak meminggirkan pahit manis 2 tahun bersama bekas kelabnya, Madura United.

Pemain berusia 22 tahun ini sudah menjalani latihan bersama pasukan JDT dan dijangka berpeluang untuk memperoleh aksi pertamanya ketika menentang pasukan UITM Fc pada perlawanan ke-14 Liga Super yang berlangsung pada Ahad, 25 Julai 2021.

Rata-rata peminat dari Indonesia berharap agar pemain kebanggaan mereka ini diberi peluang untuk membuktikan kebolehan yang dimilikinya terutamanya dalam pentas saingan Liga Super. Momentum dan konsistensi amat ditagih dalam persembahan pemain ini agar dapat menjadi pilihan utama pada musim hadapan.

Advertisements

Pengalaman yang diperolehinya ketika bersama Newcastle Jets pastinya menjadi tonik terbaik dalam membentuk mental dan fizikalnya untuk mendapatkan rentak terbaik walaupun hanya beraksi dalam tiga perlawanan di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram