Syahrian Abimanyu Tinggalkan JDT, Sertai Persija Jakarta
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Perancang tengah berbakat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahrian Abimanyu dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk meninggalkan pasukan dan pulang semula ke negeri kelahirannya untuk menyertai Persija Jakarta.

Menurut satu kenyataan rasmi oleh Johor Southern Tigers, JDT dan juga Persija telah pun mencapai persetujuan mengenai perpindahan pemain pasukan kebangsaan Indonesia ini dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

Ad

Sebelum ini, pemain yang mesra disapa Abi ini telah pun dipinjamkan ke sebuah kelab yang berpangkalan di Australia iaitu Newcastle Jets pada permulaan musim 2021 sebelum pulang semula dan beraksi bersama pasukan Harimau Selatan.

Ad

Pemain berusia 22 tahun ini pernah beberapa kali dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan Liga Super musim ini dan menjadi nadi buat jentera tengah pasukan.

Sungguhpun begitu, rata-rata peminat pasukan berasa kecewa apabila tidak dapat melihat kelibat beliau untuk beraksi dengan lebih kerap dengan kehadiran beberapa nama besar pada posisi tersebut memaksa beliau lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Ad

Kini, beliau disambut dengan cukup hangat oleh para penyokong Persija yang mahu segera melihat aksi prospek muda berbakat mereka ini untuk terus menyinar bersama pasukan mereka.

Ad

’Semoga mampu memberi perubahan yang signifikan kepada Persija Jakarta,’-Kata Mohd Lutfi dalam ruang komen Johor Southern Tigers.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)