Syazwan Zainon Bangga Kedah Mampu Bersaing Di Peringkat Asia
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Walaupun memulakan saingan Piala AFC dengan kekalahan 0-2 kepada Bali United, namun ianya tidak sama sekali mematahkan semangat juang pemain pasukan Kedah Darul Aman FC untuk mempamerkan aksi luar biasa dalam dua aksi berikutnya.

Ketua pasukan Kedah, Syazwan Zainon mengakui bahawa dalam perlawanan menentang Visakha semalam, para pemain Kedah telah memperagakan aksi umpama sebagai pejuang.

“Aksi pertama kita tewas 2-0 kepada Bali United FC dan semua pihak termasuk jurulatih serta pemain melakukan sesuatu. Oleh itu kita bangkit menang 4-1 ke atas Kaya FC pada perlawanan kedua.

Advertisements

“Perlawananan akhir kumpulan dan menang besar 5-1 ke atas Visakha FC adalah satu kemenangan dramatik. Kita perlukan kemenangan dengan tiga gol ke atas pada semalam dan pemain menunjukkan karakter sebagai seorang pejuang,” katanya kepada Sinar Sukan.

Syazwan juga menegaskan para pemain tampil bersemangat dan mahu membuktikan bahawa mereka tidak akan tersingkir awal seperti jangkaan sesetangah penyokong.

“Pemain mahu membuktikan bahawa kita mampu tidak seperti yang dikatakan oleh segelintir penyokong bahawa kita akan pulang awal. Rezeki Allah bagi ini kita kena manfaatkan sebaik mungkin. Ini adalah perlawanan terbaik dipamerkan Sang Kenari setakat ini baik di pentas Piala AFC mahupun Liga Super,” ujarnya lagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram