Advertising
Syed Modi India International 2023: Leong Jun Hao Tunduk Kepada Justin Hoh
UltraSukan
BA Malaysia

Hasrat perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao untuk mara ke pusingan kedua Syed Modi India International 2023 di Lucknow, India hari ini tidak kesampaian.

Ini selepas Jun Hao menjadi mangsa rakan senegara dan jaguh perseorangan lelaki yang sedang meningkat naik, Justin Hoh di pusingan pertama kejohanan.

Justin yang kembali beraksi selepas berehat selama tujuh bulan akibat kecederaan tendon kelihatan bersemangat hari ini.

Ad

Ini ditambah dengan rekod pertemuan sebelum ini memihak kepada beliau. Kemenangan tersebut dilakar dalam aksi suku akhir Cabaran Antarabangsa Malaysia yang berlangsung pada tahun lepas.

Set pertama menyaksikan dominasi Justin yang pernah mendapat didikan legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek. Beliau meraih kemenangan dengan keputusan 21-13.

Ad
Ad

Set kedua menyaksikan Jun Hao cuba memberi tentangan pada set kedua. Pada satu ketika, juara KL Masters 2023 itu berjaya mendahului pada kedudukan 10-8.

Bagaimanapun, Justin yang kini menduduki ranking ke-97 dunia berjaya bangkit dan mengikat kedudukan 10-10. Beliau memastikan kemenangan menjadi miliknya dengan keputusan 21-17.

Justin bakal berdepan sama ada seorang lagi wakil negara, Aidil Sholeh atau wakil Indonesia, Alwi Farhan di pusingan kedua kejohanan esok.