Syihan Hazmi Jalani Latihan Intensif Tingkatkan Prestasi
Dunia
Khairul / MakanBola & Hitfat
Advertisements

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi mencuri tumpuan apabila beliau dilihat bekerja keras dengan melakukan latihan intensif baru-baru ini.

Pemain kelahiran Kelantan ini sedang menikmati musim cemerlang bersama pasukan yang membawa kepada panggilan bersama skuad kebangsaan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, kelibat Syihan berjaya dikesan oleh para peminat yang teruja dengan kesungguhan pemain ini untuk terus berlatih bagi mengekalkan tahap kecergasannya.

Advertisements

Bekas penjaga gol PJ City ini dilaporkan mempersiapkan dirinya di salah sebuah pusat latihan yang dikenali sebagai HitFat.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh media rasmi HitFat, kelibat Syihan sedang menjalani pelbagai set latihan di sana tatkala saingan Liga Super memasuki pertengahan musim.

Advertisements

Beliau juga menjadi watak penting buat pasukan kendalian K. Devan yang kini berada pada kedudukan ke-3 liga berbekalkan kecemerlangannya mengawal pintu gol pasukan.

Prestasi cemerlang bersama Harimau Malaya ketika membantu pasukan untuk mara ke Piala Asia juga sudah pasti mahu dikekalkan selain perebutan sengit untuk mengisi posisi penjaga gol nombor satu negara sudah pasti mahu diambilnya.

Advertisements

Ketika ini, Syihan berjaya mencatatkan rekod 6 perlawanan tanpa bolos sepanjang 17 perlawanan sekaligus menjadi antara penjaga gol terbaik negara ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram