Syihan Hazmi Pamer Aksi Kelas Tinggi, Kukuhkan Status Penjaga Gol Moden Malaysia
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi cemerlang mempamerkan persembahan memukau ketika aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Ulsan Hyundai pada semalam.

Menggalas tugas untuk mengawal benteng terakhir pasukan, penjaga gol berusia 27 tahun ini begitu tangkas menghalang percubaan-percubaan yang direncanakan pihak lawan.

Advertisements

Berdasarkan statistik dalam perlawanan antara JDT dan Ulsan semalam, Syihan berjaya melakukan enam penyelamatan daripada tujuh percubaan tepat yang dihasilkan Ulsan Hyundai. Penjaga gol kebangsaan ini juga berjaya menggagalkan tiga kali peluang keemasan barisan serangan Ulsan ketika di dalam kawasan kotak penalti.

Selain melakukan banyak penyelamatan, ketenangan Syihan juga sedikit sebanyak telah membantu barisan pertahanan JDT mengatur gerakan. Beliau beberapa kali terlibat dalam gerakan yang direncanakan JDT bermula dari bawah.

Advertisements

Menerusi tinjauan MakanBola di laman web SofaScore, penjaga gol berketinggian 1.85m ini merekodkan penilaian tertinggi antara semua pemain yang beraksi. Syihan telah mendapat penilaian sebanyak 7.9/10 selepas dinilai sepanjang 90 minit beliau beraksi.

Biarpun satu kali dibolosi gol tunggal Ulsan Hyundai menerusi Ataru Esaka, aksi keseluruhan yang dipersembahkan Syihan wajar sekali dipuji selepas beliau berjaya membuktikan ketangkasan sebenar.

Advertisements

Persembahan memukau Ahmad Syihan Hazmi di pentas tertinggi Asia ini sekaligus akan mengukuhkan lagi statusnya sebagai penjaga gol nombor satu kebangsaan. Prestasi semasa Syihan ini melayakkan beliau digelar sebagai seorang penjaga gol moden yang Malaysia dimiliki hari ini.

Advertisements

News Comments Account