Syihan Hazmi Pamer Ketangkasan Menakjubkan Buatkan Casagrande ‘Garu Kepala’
Dunia
IG syihanhazmii
Advertisements

Perlawanan Liga Super melibatkan pasukan Penang FC dan Negeri Sembilan FC semalam berakhir dengan keputusan seri 1-1 di mana kedua-dua pasukan mendapat gol melalui sepakan penalti.

Dalam perlawanan tersebut, penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed merupakan antara individu yang paling sibuk di atas padang demi mempertahankan gawangnya dari dibolosi.

Penjaga gol berusia 26 tahun ini dilihat sangat bijak dalam membaca pergerakan bola dan beliau yang mempunyai ketinggian 1.85 meter berjaya menggunakan kelebihan fizikal yang dimiliki untuk mencabar bola-bola tinggi yang dihantar ke penyerang lawan.

Advertisements

Penang seperti yang kita ketahui sangat berbisa melalui hantaran lintang mencari penyerang tinggi lampai mereka, Casagrande. Namun semalam, segalanya tidak menjadi bagi penyerang import dari Brazil itu. Beberapa percubaan yang dilakukan Casagrande berjaya ditepis dan diselamatkan dengan cemerlang oleh Syihan.

Untuk rekod, Syihan Hazmi merupakan pemain baru Negeri Sembilan untuk musim ini selepas berhijrah dari kelab Petaling Jaya City FC (PJ City). Untuk musim ini, beliau telah diturunkan tiga kali dan berjaya mengumpul satu ‘cleansheet’.

Sehingga kini, Syihan belum berjaya membuat penampilan bersama skuad senior kebangsaan. Biarpun tiada penampilan senior, beliau merupakan salah seorang pemain yang dibawa ke Piala Asia B-23 pada tahun 2018 di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Advertisements

Mari kita tonton kecekapan Syihan Hazmi ketika menentang Penang FC semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram