Syihan Hazmi Sahkan Memang Ada Pasukan Datang ‘Merisik’
Dunia
NSFC1923
Advertisements

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi mengesahkan berita mengenai beliau dirisik oleh kelab Liga Super.

Beliau yang kini beraksi bersama pasukan Hobin Jang Hobin sedang menikmati musim yang cukup baik apabila menjadi watak penting untuk mengemudi gawang gol pasukan.

Bekas penjaga gol bawah 23 tahun itu sebelum ini telah pun dikaitkan dengan beberapa pasukan baharu selepas tampil ddngan cukup konsisten sejak dua musim kebelakangan ini

Advertisements

Nama Syihan mula menjadi bualan selepas beliau beraksi cemerlang ketika membantu Harimau Malaya untuk mara ke Piala Asia 2023.

Menerusi satu temubual terhadap pemain berusia 25 tahun ini, beliau sendiri mengesahkan ada yang datang ‘merisik’ untuk mendapatkan khidmat beliau.

Advertisements

Walau bagaimanapun, fokus dan tumpuannya ketika ini hanyalah untuk membantu pasukan K.Devan untuk kekal memberi saingan bagi merebut kejuaraan Liga Super.

“Ada, tapi sekarang Syihan hanya fokus kepada pasukan yang saya bermain.”

Advertisements

Ini sekaligus menafikan bahawa berita ini hanyalah khabar angin yang direka-reka selepas pemain ini sendiri mengesahkan berita tersebut.

Berita ini sudah pun dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang turut mengesahkan berita yang melibatkan penjaga gol kebangsaan ini.

Advertisements

Syihan turut menjelaskan bahawa latihan intensif yang dijalankan di HitFat itu juga sebagai persediaan untuk dirinya sendiri sahaja.

Kontrak Syihan bersama pasukan dijangka bakal tamat dalam beberapa bulan sahaja namun kekal fokus bersama pasukan yang diwakilinya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram