“Tak Boleh Sekejap Menang, Sekejap Kalah”, Ong Kim Swee Sedia Cabar Kedudukan JDT
Dunia
Azri/ Makanbola
Advertisements

Kemenangan 1-0 Sabah FC yang menumbangkan tuan rumah, Negeri Sembilan FC dilihat sebagai satu kemenangan yang penting dalam usaha Sabah menekan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dalam perlawanan yang dilangsunkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi, gol tunggal Sabah dijaringkan oleh pemain import dari Korea Selatan, Park Tae-su pada minit ke-62.

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menegaskan penyumbang utama dalam kemenangan tersebut adalah disiplin bertahan yang cukup baik dipamerkan oleh anak-anak buahnya dan beliau dalam masa yang sama menuntut para pemainnya konsisten setiap perlawanan.

Advertisements

“Walaupun persembahan pemain Sabah pada separuh masa pertama tidak begitu baik gawang pasukan masih mampu bertahan dengan baik.

“Strategi bertahan yang kita pamerkan ternyata berjaya menafikan beberapa percubaan merbahaya daripada barisan serangan Negeri Sembilan.

“Sabah perlu memastikan konsistensi dalam perlawanan dan kita tidak boleh sekejap menang, sekejap kalah atau seri kerana ianya sangat penting jika mahu mencabar kedudukan pendahulu liga, JDT,” tegas Ong Kim Swee dalam sidang media selepas perlawanan.

Advertisements

Sabah akan meneruskan aksi Liga Super dengan akan menentang JDT pada 15 Julai ini di Stadium Likas. Sabah kini berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 22 mata dan hanya dibezakan satu mata dengan JDT di puncak liga

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram