Tak Minta Izin, Ditarik Pasangan Keluar Padang
Dunia
MakanBola
Football Fandom
Advertisements

Hari ini telah tular satu rakaman seorang lelaki ditarik keluar pasangannya ke luar padang dalam perlawanan bola sepak di Indonesia.  

Rakaman yang tular itu memperlihatkan seorang wanita meluru masuk ke padang ketika perlawanan sedang dijalankan. Wanita itu terus menarik keluar pasangannya keluar padang untuk dibawa pulang.

Advertisements

Ketika lelaki berjalan keluar padang, penonton yang hadir menyaksikan perlawanan itu menyambut dengan jeritan serta tepukan. Kelihatan lelaki berjersi nombor 30 itu tersipu malu dengan kejadian itu.

Ada dalam kalangan pengguna di Twitter menjelaskan bahawa pasanganya itu tidak mendapat kebenaran sebelum beliau beraksi. Video yang berdurasi 25 saat itu telah mendapat liputan hangat media di Indonesia dan Malaysia.

Advertisements
https://twitter.com/fandom_id/status/1564462183127212032?s=21&t=XZDdOFBS_1ziHxDj-2qS3g

Di laman Twitter Football Fandom Indonesia, video itu telah mencapai kira-kira 235 ribu tontonan dan diulang ciap seramai seribu lebih pengguna.

News Comments Account