Tak Sampai Sehari, Pemain Baharu Kelantan Sertai Negeri Sembilan
Transfer
NSFC & Kelantan FC
Advertisements

Perkhabaran mengejutkan dalam perpindahan Liga Malaysia apabil pemain yang baru ditandatangani oleh Kelantan telah diumumkan pemain baharu Negeri Sembilan.

Sebelum ini, The Red Warriors telah pun mengumumkan beberapa pemain import yang memperkuat pasukan termasuklah penyerang kelahiran Sepanyol-Maghribi, Youssef Ezzejjari.

Pemain berusia 30 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Asia Tenggara selepas pernah beraksi di Indonesia.

Advertisements

Beliau bagaimanapun membuat kejutan apabila satu hantaran yang dimuat naik oleh Negeri Sembilan yang mengesahkan Ezzejjari sebagai tonggak import baharu pasukan.

Perkara ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penyokong tentang status sebenar beliau.

Advertisements

Menurut perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berlaku pertukaran saat akhir sekaligus menyaksikan pemain ini akan memperkuat skuad Jang.

Kelantan FC juga dikatakan terlepas untuk mendapatkan khidmat dua lagi pemain import, Jordan Mintah dan juga Andik Vermansyah yang juga tidak mencapai persetujuan saat akhir.

Advertisements

Kemasukan pemain baharu bakal memberi nilai tambah kepada Negeri Sembilan menjelang aksi Piala Malaysia berdepan Kelantan United kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram