Tan Boon Heong Pelik Dengan Keputusan Seorang Pemain Malaysia Berlatih Sendirian
UltraSukan
Tan Boon Heong
Advertisements

Bekas pemain badminton Malaysia, Tan Boon Heong meluahkan rasa hairannya mengenai keputusan seorang pemain yang memilih untuk berlatih sendirian.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Boon Heong berkongsi pandangan peribadinya mengenai keputusan untuk berlatih sendiri sebagai persiapan menghadapi kejohanan berpasukan.

Menurut beliau, tiada yang salah mahupun betul mengenai keputusan yang dibuat ini dan beliau melihat peluang berlatih sendiri mampu memperbaiki setiap kelemahan dengan lebih terperinci.

Advertisements

“Pertandingan pasukan Piala Thomas, adakah logik untuk tidak berlatih bersama? Tidak ada yang betul atau salah. Pada pendapat peribadi saya, saya mahu berlatih sendiri. Mungkin anda boleh lebih fokus dan berlatih perkara yang ingin anda perbaiki,” tulis Boon Heong di Facebook beliau.

Sungguhpun begitu, beliau gusar sekiranya latihan secara individu itu bakal memberi kesan kepada seluruh ahli dalam pasukan memandangkan aspek komunikasi amat penting dalam kejohanan berpasukan.

“(Akan) tetapi kerana kami tidak berlatih bersama, kami tidak mempunyai peluang untuk berkomunikasi dengan pasukan. Mungkin semangat berpasukan tidak begitu baik,” coret bekas pemain berusia 37 tahun itu.

Advertisements

Bekas juara All England 2007 itu turut berkongsi bahawa semangat sepasukan amat penting dalam meraih kejayaan meskipun berdepan lawan yang lebih kuat di dalam gelanggang.

“Bagi saya, saya telah bermain dalam Piala Thomas sebanyak 5 kali Saya rasa semangat berpasukan sangat penting. Walaupun pasukan itu tidak sekuat pasukan lain, sekiranya semangat berpasukan lebih kuat masih ada peluang untuk menewaskan pasukan yang lain.”

Skuad badminton negara kini dalam persiapan terakhir menjelang saingan Thomas Cup 2024 yang akan berlangsung di Chengdu, China bermula 28 April hingga 5 Mei hadapan.

Advertisements

Pasukan negara yang diundi di kumpulan D bakal memulakan aksi dengan berdepan Hong Kong sebelum turun menentang Algeria dan menutup saingan kumpulan dengan berdepan Denmark.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram