Tan Cheng Hoe: Indonesia Buat Persiapan Terbaik Dan Punyai Barisan Pemain Yang Laju
Dunia
Instagram: @famalaysia
Advertisements

Walaupun ditewaskan pasukan Vietnam 3-0, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe yakin anak-anak buahnya akan memberi tentangan sengit kepada Indonesia pada perlawanan terakhir mereka yang dijadualkan 19 Disember ini.

Jelas Cheng Hoe, pasukan Indonesia kali ini lebih laju dan juga mereka membuat persiapan yang rapi untuk menghadapi Piala AFF ini.

“Jurulatih Shin Tae-yong (Indonesia) bawa ramai pemain muda dan dari segi kelajuan mereka cukup pantas dan laju.

Advertisements

“Malah dari segi persiapan mereka juga terbaik, mereka sudah mengadakan latihan di Turki dan perlawanan persahabatan dengan Afghanistan dan Myanmar dan meraih keputusan terbaik.

Cheng Hoe juga melihat corak permainan pasukan Indonesia dibawah kendalian Shin Tae-yong sedikit mirip dengan corak permainan pasukan Vietnam namun para pemain Vietnam ada kelebihan dari segi kualiti.

“Kita pun tahu corak permainan mereka seakan akan Vietnam tapi dari segi kualiti permainan mereka, saya rasa Vietnam ada kelebihan dan sudah tentu kita boleh beri tentangan dengan pemain-pemain Indonesia

Advertisements

“Tetapi macam saya bagi tahu, transisi dalam bola sepak cukup penting. Setiap kali kita menyerang kita perlu berhati-hati di pertahanan, dan elak buat kesilapan-kesilapan di transisi itu,” katanya kepada Arena Metro.

Perlawanan terakhir kedua-dua negara ini ialah pada pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di mana Malaysia menang 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram