Tan Cheng Hoe: Perjumpaan Dengan Pengurusan Perak Hanyalah Kebetulan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Desas-desus yang mengaitkan bekas jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang dikhabarkan akan membimbing pasukan Perak musim hadapan masih jadi tanda tanya.

Namun Cheng Hoe mendedahkan bahawa ada bertemu dengan pengurusan Perak baru-baru ini. Walaupun berlaku pertemuan, Cheng Hoe menegaskan ia hanyalah perbualan biasa dan tiada perkara serius yang dibincangkan.

“Pada asalnya, tiada pun perancangan hendak berjumpa pihak pengurusan Perak. Ia berlaku secara kebetulan dan perjumpaan itu pun hanya sekadar berbual kosong tanpa ada perkara yang serius.

Advertisements

“Bagaimanapun, kalau ada rezeki saya bersedia kembali dalam arena kejurulatihan untuk membimbing mana-mana pasukan termasuk kelab di Asia Tenggara. Cuma, persetujuan antara kedua-dua pihak itu perlu diutamakan,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Ini bermakna Cheng Hoe sudah bersedia untuk membimbing mana-mana pasukan selepas kali terakhir membimbing pasukan Liga Malaysia ialah pada musim 2017 dengan melatih pasukan Kedah. Cheng Hoe mengembangkan sayap kejurulatihan apabila dilantik menjadi pembantu jurulatih skuad Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada.

Selepas melalui keputusan yang kurang baik, Nelo Vingada meletakkan jawatan dan Cheng Hoe dinaikkan pangkat menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan pada penghujung tahun 2017. Jodoh Cheng Hoe bersama skuad kebangsaan tamat pada Januari 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram