Tano Solari Masih Tiada Jawapan Mengenai Corak KL City Bermain
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Menjelang pertemuan akhir Piala FA 2023 antara JDT dan KL City, Tano Solari memaklumkan bahawa beliau masih tiada jawapan tentang corak permainan yang bakal KL City persembahkan kelak.

Ketua jurulatih pasukan JDT itu mengakui perlawanan akhir ini amat penting buat pasukan JDT. Mereka sentiasa menunggu peluang ini dan ingin meraih kemenangan.

Solari juga memberitahu dalam sidang media perlawanan akhir Piala FA bahawa pasukan skuad JDT mempunyai idea yang jelas terhadap corak permainan mereka dan para pemain sedang dahagakan kejuaraan.

Advertisements

Menurutnya lagi, beliau tidak tahu bagaimana cara KL City akan bermain dalam perlawanan akhir kelak namun pasukannya akan fokus pada permainan mereka sendiri.

Solari juga berpendapat KL City sudah tunjukkan bahawa mereka sudah bersedia untuk bermain dan dirinya ada beberapa idea untuk mengatasi corak permainan KL City kelak.

Advertisements

“Of course, if it happened KL City decide to sit more back, we have of course in our mind different ideas to break this kind of complication that they might represent.” ujar Solari lagi.

Solari kini mahu fokus pada corak permainan sendiri dan mahu JDT menjadi pasukan yang sama seperti beberapa perlawanan lepas yang mampu mempersembahkan corak permainan yang bagus.

Advertisements

Untuk rekod, JDT berjaya memenangi dua kali dalam dua perlawanan Liga Super musim ini menentang KL City dengan jaringan 3-0 dan 6-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram