Teka Teki Kehilangan Pau Marti Terjawab
Harimau Malaya
Aima/MakanBola
Advertisements

Ketiadaan penolong jurulatih kebangsaan, Pau Marti Vicente ketika aksi Malaysia menentang Oman baru-baru ini cetus tanda tanya ramai pihak.

Dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Bukit Jalil tempoh hari, Malaysia terpaksa akur apabila tewas kepada Oman dengan keputusan 2-0. Skrip yang sama seperti di Muscat, Oman berulang apabila ketika itu Malaysia turut tewas 2-0.

Pada aksi di Bukit Jalil, jika ditinjau di kawasan bangku barisan kejurulatihan Pau Marti tidak kelihatan bersama-sama barisan kejurulatih yang lain daripada awal hingga ke akhir permainan.

Advertisements

Menerusi ciapan yang dilaporkan wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal Azam, ketiadaan Pau Marti adalah kerana faktor kesihatan. Jurulatih berusia 40 tahun itu telah dikejarkan ke hospital sehari selepas skuad Harimau Malaya tiba di Malaysia.

“Difahamkan, penolong jurulatih negara itu tidak berada di bench masa perlawanan menentang Oman di Bukit Jalil sebab masalah kesihatan. Beliau dimasukkan ke hospital sehari selepas tiba dari Muscat dan discharge Khamis lalu,” tulis Zulhelmi di laman X.

Advertisements

Kini teka teki ketiadaan bekas jurulatih B-19 Barcelona itu terjawab dan beliau akan terus bersama kem Harimau Malaya.

Dalam perkembangan lain, ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau dan barisan kejurulatihannya ada menghantar surat penamatan kontrak kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Advertisements

Kim Pan-gon akan terus berdiri teguh, komited untuk kekal sebagai jurulatih dan membimbing skuad kebangsaan.

Berdasarkan rekod, Malaysia tidak mencatatkan sebarang kemenangan dalam lima aksi terakhir (satu seri dan 4 kekalahan) termasuklah tewas dalam dua aksi menentang Oman baru-baru ini.

Advertisements

Harimau Malaya akan berdepan lawan pada Jun 2024 dalam misi untuk menghidupkan semula peluang kemaraan ke pusingan ketiga di kempen Kelayakan Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram