Disebalik aksi buruk yang dipamerkan Manchester United, terdapat satu kegembiraan dan harapan buat pasukan di tangga ke-14 ini, Brandon Williams.
Brandon Williams berjaya menjadi ‘Man of The Match’ selepas mempamirkan aksi cemerlang selepas membantu pasukannya menang tipis 0-1 ke atas FK Partizan di Serbia.
Jaringan tunggal perlawanan dijaringkan menerusi sepakan penalti Martial pada minit ke-43.

Martial menjaringkan gol kemenangan tetapi Williams memperoleh pujian, dengan pemain berusia 19 tahun itu berjaya masuk ke kawasan penalti dengan baik sebelum dikasari pihak lawan.
Ole juga berpendapat Brendon merupakan seorang yang berani.
“Dan, bagi saya, Brandon adalah pemain yang hebat dan dia bermain dengan hebat untuk beberapa perlawanan. Beliau tidak mempunyai ketakutan dan dia berani seperti singa.”
Berdasarkan komen Netizen di halaman Facebook Manchester United, rata-ratanya inginkan Williams menggantikan Young namun jangan risau, kapten Young tetap akan menjadi pilihan utama Ole walaupun beraksi buruk.

Perlawanan semalam merupakan kemenangan pertama United di tempat lawan selepas 33 minggu.