Ter Stegen: Kami Akan Bangkit Semula 
MakanBola
FC Barcelona
Sponsors

Penjaga gol kebanggsan Jerman, Marc-Andre ter Stegen mengeluarkan kenyataan menerusi laman rasmi Twitternya bahawa pasukannya Barcelona akan kembali bangkit setelah tamat perlawanan antarabangsa yang berlangsung dua minggu ini. 

Penjaga gol berusia 29 tahun itu ternyata kecewa terhadap persembahan yang ditonjolkan Barcelona pada awal musim 2021/22. Namun, beliau percaya bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk memperbetulkan semula identiti Barcelona yang sebenar. 

Ad
Sponsors

“Ini permulaan yang sukar untuk musim ini. Sekarang ada masa untuk menganalisis keadaan,” 

Ad

“Kami mesti kembali bangkit setelah pasukan kebangsaan berehat dengan pemikiran yang kuat dan mental yang tajam. Mari kita lakukan ini bersama-sama! Ayuh, Barcelona!” kata Ter Stegen.

Sambil itu, pasukan Barcelona yang kini sedang mengalami dua kekalahan berturut-turut pada aksi menentang Benfica dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah yang lalu serta tewas menentang pasukan ‘rival‘ Atletico Madrid bagi saingan La Liga pada minggu lepas. 

Ad

Tekanan demi tekanan yang diberikan oleh para peminat kepada pasukan kendalian Ronald Koeman setelah situasi buruk yang menimpa pasukannya itu. Namun, semangat juang yang dilaungkan oleh penjaga gol itu mungkin menjadi pembakar semangat buat pemain untuk bangkit pada perlawanan seterusnya nanti.

Ad