Terbuka Denmark: Aaron Chia & Wooi Yik Ke Final, Leburkan Tentangan Regu Denmark
UltraSukan
Badminton Photo/Yohan Nonotte
Advertisements

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik semakin hampir menggapai trofi pertama jelajah BWF 2023 apabila mara ke final Terbuka Denmark.

Mereka mara ke final selepas mengalahkan regu Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen.

Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada juara dunia 2022 itu kerana memenangi lima daripada lapan pertemua sebelum ini.

Advertisements

Bagaimanapun, Astrup dan Rasmussen menjanjikan tentangan sengit dengan sokongan penyokong Denmark.

Kelebihan itu dimanfaatkan mereka pada set pertama. Biarpun cuba disaingi Aaron-Wooi Yik, Astrup-Rasmussen berjaya memenangi set pertama dengan keputusan 21-16.

Set kedua menyaksikan kebangkitan regu nombor empat dunia itu. Aaron-Wooi Yik menggunakan corak permainan pantas untuk memerangkap regu nombor enam dunia itu melakukan kesilapan terutama di jaring.

Advertisements

Ini memudahkan mereka meraih kemenangan 21-15 dalam set kedua. Keadaan ini memaksa perlawanan diheret ke rubber set.

Corak permainan pantas dan agresif yang digunakan Aaron-Wooi Yik menyaksikan mereka pada satu ketika mendahului pada kedudukan 12-6.

Walaupun Astrup-Rasmussen cuba mengejar, pada akhirnya kemenangan memihak kepada regu negara dengan keputusan 21-15.

Advertisements

Kemenangan ini menyaksikan mereka bakal berdepan regu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana di pentas final.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram