Terbuka Denmark: Aaron Chia & Wooi Yik Melangkah Ke Suku Akhir, Tewaskan Regu Indonesia
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya mara ke suku akhir Terbuka Denmark 2023.

Ini selepas mereka mengatasi regu veteran Indonesia, Mohamad Ahsan dan Hendra Setiawan dalam pusingan kedua kejohanan hari ini.

Dari segi rekod pertemuan, Ahsan-Hendra dilihat mempunyai kelebihan dengan lapan kemenangan daripada 12 pertemuan.

Advertisements

Dan itu dibuktikan pada set pertama apabila regu nombor 10 dunia itu berjaya mengatasi tentangan sengit Aaron-Wooi Yik dengan keputusan 21-19.

Bagaimanapun, segalanya berubah pada set kedua. Bekas juara dunia 2022 itu mula mendominasi lawan mereka dengan satu ketika mendahului pada kedudukan 11-0.

Advertisements

Ahsan dan Hendra cuba mengejar tetapi Aaron-Wooi Yik memastikan kemenangan set kedua dengan keputusan 21-5. Ini memaksa perlawanan diheret ke set ketiga.

Pada awalnya, regu Indonesia itu memiliki kelebihan awal pada kedudukan 9-6. Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik berjaya mengejar sebelum memastikan kemenangan 21-15.

Advertisements

Kini, regu utama negara itu menanti pemenang antara regu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dan regu China, He Jiting dan Ren Xiangyu untuk lawan di suku akhir.

Kem negara mengharapkan perseorangan utama negara, Lee Zii Jia dan satu lagi regu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dapat mengiringi mereka ke suku akhir esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram