Advertisements
Terbuka Denmark: Lee Zii Jia Ke Separuh Akhir, Tundukkan Kenta Nishimoto
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia terus membuktikan dirinya sudah bangkit semula apabila mara ke separuh akhir Terbuka Denmark 2023.

Beliau mara selepas menewaskan pemain perseorangan lelaki dari Jepun, Kenta Nishimoto.

Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Zii Jia kerana daripada menang enam daripada lapan perlawanan sebelum ini.

Set pertama menyaksikan Nishimoto cuba memberi tentangan sengit kepada anak jati Alor Setar, Kedah itu.

Bagaimanapun, pemain nombor 11 dunia itu tetap unggul dan memenangi set pertama dengan keputusan 21-18.

Kisah sama berulang pada set kedua. Nishimoto yang kini menduduki tangga ke-14 dunia berusaha memenangi set berkenaan untuk mengheret perlawanan ke set ketiga.

Namun begitu, pada akhirnya, Zii Jia tenang mengawal permainan sebelum memenangi set kedua dengan keputusan 21-18.

Selepas ini, pemain perseorangan negara itu bakal berdepan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu di pentas separuh akhir.