Terbuka Denmark: Lee Zii Jia Nyaris Diaibkan Pemain Belgium
Badminton
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Juara Arctic Open 2023, Lee Zii Jia nyaris dimalukan pemain Belgium, Julien Caraggi sebelum mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark 2023 awal pagi tadi.

Anak jati Alor Setar, Kedah itu masih segar daripada kejayaan menjulang gelaran juara Arctic Open pada minggu lepas.

Advertisements

Selain itu, dari segi ranking, Zii Jia jauh di hadapan dengan kedudukan ke-13 berbanding Caraggi (kedudukan ke-56).

Begitupun, pemain Belgium itu membuktikan dirinya mampu mencabar bekas juara Terbuka Thailand 2022 itu.

Advertisements

Ini dibuktikan dengan kemenangan set pertama Caraggi biarpun diberi tentangan sengit Zii Jia dengan keputusan 21-19.

Kekalahan itu mendorong perseorangan utama negara itu untuk bangkit dan memenangi baki dua set dengan keputusan 21-15, 21-10.

Advertisements

Jika Zii Jia mengharapkan pusingan kedua Terbuka Denmark sedikit mudah selepas ini, jangkaan itu meleset sama sekali.

Ini kerana anak jati Alor Setar itu bakal berdepan bekas juara dunia dan pemain nombor lima dunia, Viktor Axelsen.

Advertisements

Begitupun, terdapat kemungkinan Zii Jia berpeluang mara ke suku akhir tanpa perlu berdepan Axelsen.

Advertisements

Ini kerana pemain Denmark itu mengadu sakit pada kaki kirinya semasa ditemubual Badminton Europe. Malah, beliau sendiri kurang pasti sama ada dapat turun beraksi atau tidak untuk perlawanan malam ini.

News Comments Account