Terbuka Denmark: Perjuangan Hebat Lee Zii Jia Tertangguh Di Pentas Final
UltraSukan
Sponsors

Hasrat Lee Zii Jia menggondol gelaran juara terbuka BWF buat kali kedua berturut-turut gagal apabila tewas dalam aksi final Terbuka Denmark 2023.

Anak jati Alor Setar, Kedah itu terpaksa akur dengan kehebatan lawannya dari China, Weng Hongyang.

Ad
Sponsors

Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Hongyang dengan rekod 2-1.

Ad

Begitupun, dari segi ranking terkini BWF, Zii Jia kini berada di tangga ke-11 berbanding pemain China itu (ranking ke-22 dunia).

Set pertama menyaksikan dominasi Hongyang di mana pada satu ketika, beliau mendahului pada kedudukan 12-7.

Ad

Dominasi itu dikekalkan bagi membolehkan beliau memenangi set pertama dengan keputusan 21-12.

Ad

Hongyang terus mengekalkan dominasinya pada set kedua. Beliau meninggalkan Zii Jia jauh di belakang pada kedudukan 12-4.

Ad

Biarpun cuba dikejar juara Terbuka Artik 2023 itu, Hongyang kekal dominan atas gelanggang sebelum menang straight set dengan keputusan 21-6.

Ini kejayaan terbuka BWF kedua buat beliau selepas menjuarai Terbuka Australia 2023 pada Ogos lalu.