Pasukan Terengganu difahamkan bakal menerima khidmat seorang pemain kacukan Belanda-Indonesia, Matthew Steenvoorden.
Menerusi satu ciapan yang dimuat naik jurnulis MakanBola, Faris Zukeiman memaklumkan pertahanan tengah ini dijangka memperkuat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
Tonggak pertahanan berusia 31 tahun itu kini sedang beraksi bersama pasukan Pakhtor Tadhkent dalam saingan Liga Super Uzbekistan. Selain cemerlang membantu Pakhtor Tadhkent menjuarai Liga Super Uzbekistan musim ini, beliau juga telah melakukan beberapa penampilan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Untuk rekod, Matthew Steenvoorden pada usia muda pernah beraksi dalam skuad B16 dan skuad B19 kebangsaan Belanda.
Jika perpindahan Steenvoorden ke Terengganu ini tercapai, pengalaman beliau pasti bakal memberi nilai tambah kepada pasukan dan pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner juga akan miliki beberapa pilihan tambahan untuk posisi bek tengah Skuad Peteh.