Terengganu FC Beri Amaran, Benam PDRM 3-0 di Kuala Terengganu
Dunia
Foto Facebook / Terengganu FC
Advertisements

Terengganu beri amaran kepada pasukan Liga Super menerusi kemenangan bergaya 3-0 ke atas PDRM.

Perlawanan pemanas badan tersebut diadakan di Kuala Terengganu sebagai persediaan sebelum bersambungnya perlawanan Liga Super selepas berehat panjang bagi memberi laluan kem kebangsaan menghadapi Pusingan Kelayakan Piala Dunia dan Asia di UAE.

Terengganu menjaringkan gol awal menerusi jaringan Habib Haroon pada minit ke 23 selepas menerima umpanan satu dua dari Dechi Marcel.

Advertisements

Selang beberapa minit kemudian Faisal Halim menambah derita PDRM menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-40.

Jordan Mintah menambah jaringan buat Sang Penyu menerusi sepakan percuma pada masa kecederaan separuh masa pertama menjadikan kedudukan 3-0 memihak kepada pasukan Terengganu FC.

Perlawanan kekal dengan keputusan 3-0 tanpa sebarang jaringan tambahan pada separuh masa ke-2.

Advertisements

Terengganu bakal melayani kunjungan Perak pada 24 Julai ini untuk perlawanan ke-14 Liga Super musim 2021.

Terengganu kini mengekori rapat Johor Darul Ta’zim dengan perbezaan hanya 3 mata dan merupakan antara pencabar utama pasukan Harimau Selatan mempertahankan kejuaraan Liga Super musim ini.

https://www.youtube.com/watch?v=RxjVt54cpys
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram