Terengganu FC Lancar Kedai Kopi Sendiri
Dunia
Advertisements

Bertemakan konsep “Coffee and Football“, Terengganu FC dijangka akan mengembangkan jenamanya dengan membuka sebuah kedai kopi yang dinamakan TFC LAB. 

Video teaser tersebut cukup menarik dengan adegan bancuhan kopi dan mesin kopi moden bercirikan hipster dan futuristik ditampilkan sebagai tarikan utama mereka. Video teaser yang berdurasi 1 Minit 26 Saat itu menunjukkan TFC LAB ini akan dibuka di dalam Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Rata-rata penyokong TFC teruja dan menyambut baik usaha ini. TFC LAB, iaitu kafe minuman milik Terengganu Football Club (TFC) merupakan cabang perniagaan terbaru dibawah seliaan Terengganu Football Club Sdn Bhd.

Advertisements

Menurut TFC, ini merupakan langkah agresif syarikat ini untuk menjana pendapatan kelab.

Berita baik juga buat para pemegang membership card TFC, anda bakal menikmati potongan harga istimewa sebanyak 10% bagi setiap pembelian.

“TFC semakin mengorak langkah. Kekalkan momentum, ade rezeki, ambe singgoh la bila balik Tranung,” jelas Shi Ni Chi diruangan komen Facebook Terengganu FC.

Advertisements

Operasi jualan bermula esok, 4 Julai 2021 dan akan dijalankan secara ‘Take-Away’ sepanjang tempoh PKP. Waktu Operasi bermula dari jam 10.00 Pagi hingga 7.00 Malam, setiap hari Sabtu hingga Khamis. TFC LAB bakal menjanjikan suasana kafe minuman yang selesa berunsurkan bola sepak. Kepada sang pencinta kopi dan bola sepak, disini kami bakal menyatukan anda – Terengganu FC

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram