Terengganu Mahu Guna Aura Penyokong Sekat Impian Besar Kedah
Dunia
Tranungfootballculture
Advertisements

Pasukan Terengganu FC menuntut sokongan padu daripada para penyokong untuk membantu pasukan melakar kemenangan ke atas Kedah Darul Aman FC 15 Julai ini.

Anak didik Nafuzi Zain ini akan turun dalam satu lagi misi sukar apabila dijadualkan berdepan dengan pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak dalam saingan Liga Super.

Baru-baru ini, pasukan dari Pantai Timur ini telah pun mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA apabila membenam cabaran pasukan yang sama dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Menurut penjaga gol mereka iaitu Suhaimi Husin, beliau mahu rakan sepasukannya terus komited untuk meraih kemenangan pada pertemuan penting ini.

“Saya berharap rakan sepasukan, terutama benteng pertahanan akan beraksi cemerlang seperti ketika mematahkan serangan Kedah pada Rabu lalu.”

Penjaga gol berusia 28 tahun ini juga mahu momentum kemenangan ini diteruskan selepas ini.

Advertisements

“Dalam tempoh 10 hari, kami bakal berdepan Kedah lagi dan sudah pasti perlawanan ini menarik kerana kami berazam meneruskan momentum kemenangan.”

Sambil itu, anak kelahiran Besut ini waspada dengan misi lawan yang hadir untuk membalas dendam.

Walau bagaimanapun, beliau berharap agar para penyokong dapat terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan menjelang aksi getir ini.

Advertisements

“Saya berharap peminat akan memberikan sokongan padu kepada kami setiap kali beraksi kerana ia membakar semangat para pemain untuk mengutip tiga mata di tempat sendiri,” katanya.

Kedua-dua pasukan mahu memperbaiki kedudukan dalam liga dalam usaha untuk merebut slit ke pentas Asia musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram