Terengganu Intai Khidmat Woodland
Dunia
lukewoodland
Advertisements

Pasukan Terengganu FC, dikatakan sedang mengintai khidmat pemain kebanggsaan Filipina, Luke Woodlands bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut kenyataan daripada TFC, pihaknya mengakui Woodlands sememangnya dalam perancangan untuk mengisi kuota Asean. Namun, perkara ini masih dalam fasa perbincangan kontrak dan belum ada sebarang keputusan yang dibuat sehingga kini.

“Pemain itu sememangnya berada dalam radar TFC bagi memantapkan lagi jentera tengah pasukan pada musim depan, namun setakat ini perbincangan lanjut masih diteruskan terutama berkaitan kontrak.

Advertisements

“Jika perbincangan itu berakhir dengan positif, pemain tengah bertahan yang akan mengisi kuota Asean itu bakal diumumkan bersama TFC, tapi jika sebaliknya, kita perlu mencari pemain lain,” kata sumber itu kepada Harian Metro.

Difahamkan, Luke Woodland merupakan pemain kacukan England-Filipina dimana sebelum ini pada tahun 2013 hingga 2015, beliau pernah menyarung jersi kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Bolton Wanderers. Beliau juga pernah mewakili pasukan England Bawah 16 hingga 18.

Pasa tahun 2019, pemain berusia 26 tahun itu pernah menyertai pasukan juara Piala Malaysia 2021, KL City selama satu musim dan berjaya membuat 16 penampilan dengan dua gol. Kemudiannya, beliau berkelana ke Liga Thailand dengan menyarung jersi kelab Ratchaburi Mitr Pho dan berjaya beraksi sebanyak 11 perlawanan dengan mengumpul satu jaringan sahaja.

Advertisements

Pasukan Terengganu FC dilihat sedang merencana sesuatu untuk memperkuatkan skuad TFC pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram