Terengganu Jadikan Nasihat TMJ Panduan Bagi Musim Baharu
Liga Super
Hishamuddin Abdul Karim
Advertisements

Terengganu FC (TFC) terus berusaha menjadi satu pasukan yang lebih bagus untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Bagi mencapai aspirasi tersebut, satu delegasi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengadakan pertemuan dengan Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim hari ini.

Delegasi PBSNT diketuai Presiden merangkap Exco Sukan, Belia dan Pembangunan NGO Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim.

Advertisements

Menerusi satu catatan di Facebook, beliau memuji sikap Tunku Ismail yang tidak lokek berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkenaan soal kelab bola sepak.

Pertemuan tersebut dilihat membantu pengurusan Terengganu dalam mengatur gerak kerja bagi mengharungi musim 2024-2025 nanti.

Advertisements

“Di luar aksi padang, TFC tetap memburu bimbingan daripada pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor untuk terus memperkasakan pasukan.

“Baginda sentiasa bersikap terbuka dan sangat berbesar hati untuk melihat pasukan TFC menjadi pasukan yang perlu digilap untuk masa depan yang lebih baik dalam kancah bola sepak negara.

Advertisements

“Sedar dengan keadaan semasa, tentunya TFC sentiasa mengukur baju di badan sendiri dan memperkasakan pembentukan bakat-bakat baru Terengganu yang lebih berprestij.

“Musim depan, musim yang sangat mencabar dalam aspek kewangan kelab. TFC akan berusaha berbelanja dengan sederhana.

Advertisements

“Terima kasih Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim , Tunku Mahkota Johor dan pemilik kelab bola sepak JDT atas perkenan menerima rombongan patik tempohari. Juga atas pandangan dan saranan untuk mengangkat industri bola sepak di tanahair,” katanya hari ini.

Delegasi ini turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TFC, Mohd Sabri Abas, Ketua Pegawai Operasi (COO) TFC, Mohd Syahrizan Mohd Zain dan ketua jurulatih TFC II, Hairuddin Omar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram