Dua pasukan Pantai Timur, Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) dan Terengganu FC kini menghadapi nasib sama.
Ini kerana kedua-dua pasukan itu dibelenggu prestasi tidak menentu sejak kebelakangan ini. Kelantan TRW masih belum mengecapi kemenangan dalam lima aksi terakhir mereka.
Ini termasuk kekalahan 3-0 di tangan Brunei DPMM FC. Terengganu pula hanya meraih satu kemenangan daripada lima perlawanan terakhir mereka.
Peteh menjaringkan lima gol dan dibolosi sebanyak enam kali dalam tempoh tersebut. The Real Warriors pula dibolosi sebanyak 10 kali dan hanya menjaringkan dua gol.
Kedua-dua pasukan sudah membuat pertukaran jurulatih dengan Akmal Rizal Ahmad Rakhli membimbing Kelantan TRW sebagai penolong ketua jurulatih.
Tengku Hazman Raja Hassan pula memikul tugas sebagai ketua jurulatih interim Terengganu sejak Januari lalu.
Kedua-dua pasukan juga telah membawa masuk tonggak import baharu untuk menambah baik prestasi pasukan masing-masing. Malangnya, perkara itu tidak berlaku ketika ini.
Seandainya prestasi kedua-dua pasukan tidak menunjukkan perubahan, sukar bagi Kelantan TRW dan Terengganu menambah baik pencapaian pada musim lalu.
Musim 2024/25 menyaksikan The Real Warriors masing-masing menamatkan kempen di tangga ke-13 dan kelima.
Justeru, pertemuan kedua-dua pasukan pada 6 Mac ini dilihat peluang terbaik untuk merencanakan semula kebangkitan sehingga akhir musim 2025/26.