Terengganu Sambar Penyerang Prolifik Piala MFL
Transfer
c.nnabuike1
Advertisements

Penyerang PDRM FC, Nnabuike Chijioke Chukwu telah disahkan menjadi rekrut terbaru buat pasukan Terengganu FC II (TFC II) yang bakal bersaing di Piala MFL musim 2024/2025.

Perpindahan Nnabuike Chijioke Chukwu ke TFC II itu telah disahkan TFC melalui satu hantaran di laman sosial rasmi pasukan tersebut.

“Selamat datang Chukwu Nnabuike Chijioke ke Terengganu FC II,” umum TFC di laman X.

Advertisements

Untuk rekod, Chukwu Nnabuike Chijioke atau lebih dikenali dengan panggilan CJ itu telah merekodkan 13 jaringan buat PDRM FC II yang beraksi di Piala MFL musim lepas.

Jumlah gol tersebut menjadikan CJ berkongsi tempat kedua sebagai penjaring terbanyak bersama penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Gabriel Nistelrooy yang turut merekodkan jumlah jaringan yang sama.

Penyerang kelahiran Nigeria berusia 26 tahun itu dijangka bakal menjadi sandaran utama pasukan TFC II bagi mencetak jaringan untuk musim baharu kelak.

Advertisements

Pada saingan Piala MFL musim 2023, TFC II menjadi juara sulung kejohanan tersebut selepas menumbangkan JDT II dalam perlawanan akhir dengan keputusan 1-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram