Terengganu Sisihkan Azam Azmi Saat Akhir
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu terpaksa melupakan khidmat Azam Azmi pada saat akhir menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat.

Kedua-dua pasukan ketika ini berada di prestasi tertinggi sebelum bertemu di Gong Badak dengan JDT kini berhasil meraih 5 kemenangan berturut-turut dan tidak kalah dalam 7 aksi lalu.

Begitu juga dengan Terengganu yang ketika ini berada dalam momentum terbaik dengan mencatatkan 6 kemenangan dan 2 keputusan seri dalam 8 aksi terakhir di peringkat domestik dan Asia Tenggara.

Ad

Namun begitu, persiapan Terengganu sedikit terganggu apabila terpaksa turun tanpa tonggak pertahanan kanan, Azam Azmi pada pertembungan menentang Harimau Selatan ini.

Ad

Menurut Badrul Afzan selaku jurulatih Terengganu, ketiadaan Azam Azmi agak mengganggu perancangan pasukan akibat kecederaan yang dialami ketika sesi latihan pada Jumaat lalu.

”Seperti biasa kita melakukan kerja-kerja rumah yang cukup rapi bagi menghadapi JDT pada malam ini,” ujar Badrul Afzan sebelum perlawanan bermula.

Ad
Ad

”Bagi saya, (persiapan) sedikit terganggu untuk kesebelasan utama malam ini.”

Ad

“Kita kena terima hakikat terpaksa ketepikan Azam Azmi walaupun mengalami sedikit kecederaan semasa latihan semalam,” komen Badrul pasrah.

”Saya sudah mengingatkan kepada pemain-pemain supaya bersedia apabila diturunkan dalam setiap perlawanan,” kata Badrul lagi.

Senarai pemain Terengganu menyaksikan tiada nama Azam Azmi di dalam kesebelasan utama atau di bangku simpanan dan tempat pemain itu diambil alih oleh Safwan Mazlan.

Saksikan aksi hangat Terengganu vs JDT secara langsung di Astro Arena Bola dengan sepak mula bermula jam 9 malam ini.