Aksi hangat separuh akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Terengganu bakal mendapat tumpuan ramai.
Pertemuan yang dianggap sebagai aksi ulangan perlawanan akhir musim lalu ini menjadi tumpuan ramai dengan JDT kini merekodkan 7 aksi tanpa kalah dalam kesemua kejohanan.
Sementara Terengganu juga membawa momemtum positif apabila mencatatkan 6 kemenangan dan dua keputusan seri dalam 8 aksi terakhir termasuklah menewaskan Shan United minggu lalu.
Berdasarkan rekod pertemuan, JDT jelas memiliki kelebihan dengan merekodkan kemenangan dalam 5 perlawanan lalu bertemu Terengganu dengan kali terakhir menang 4-0 pada Julai lalu.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah dalam saingan Liga Super 2023 dengan JDT cemerlang menumpaskan Terengganu dengan keputusan 3-1.
Menurut pemain tengah JDT, Juan Muniz, beraksi di laman lawan sentiasa sukar namun itu bukan alasan untuk Harimau Selatan tidak berjuang memburu jaringan awal untuk layak ke final.
“Memang sentiasa sukar beraksi di sana (SSMZA), tetapi kami ingin cuba ambil peluang seawal separuh masa pertama dan kita akan berjuang sehingga ke final,” ujar Juan Muniz.
Kesebelasan Utama Terengganu vs JDT
Info Siaran Langsung Terengganu vs JDT
Tarikh: 17 Januari 2024 (Jumaat)
Masa: 9.00 malam.
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.