Ads
Liga Super: JDT Benam Terengganu 4-0
Liga Super
Johor Southern Tigers

Aksi minggu 6 Liga Super menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menoktahkan kekalahan pertama Terengganu dengan keputusan 4-0.

Advertisements

Skuad kendalian Hector Bidoglio bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi sepakan kencang Heberty Fernandes seawal minit ke-6.

Advertisements

Terengganu bergelut tanpa kelibat Akhyar dan Safawi Rasid pada bahagian serangan dengan Ismaheel Akinade kurang mendapat sokongan.

Advertisements
Advertisements

Kesilapan daripada pertahanan muda Terengganu, Ubaidullah Shamsul menghukum pasukan pelawat apabila beliau menerima kad merah.

Penalti diberikan kepada skuad Harimau Selatan yang mudah disempurnakan oleh Bergson Da Silva pada minit ke-32.

Advertisements

Kecederaan Akinade memburukkan lagi jentera serangan pasukan untuk menamatkan babak pertama dengan kelebihan milik JDT.

Bersambung babak kedua, usaha Terengganu terhalang susulan kekebalan benteng tuan rumah yang sukar digugat.

Jaringan ketiga JDT dihasilkan sekali lagi oleh Bergson. sekaligus menutup peluang Terengganu bangkit.

Tambahan masa 6 minit mengubah keputusan perlawanan yang kekal apabila Bergson melengkapkan hatrik pada minit ke-93.

JDT mengukuhkan kedudukan di persada liga dengan 18 mata manakala Terengganu di tangga ke-4 dengan 8 mata berbaki satu perlawanan dalam tangan.

Advertisements

Aksi seterusnya menyaksikan PDRM menanti kunjungan JDT manakala Terengganu berdepan Negeri Sembilan pada 30 Julai 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram