Terengganu memperkenalkan bintang, Mateusinho dari Brazil sebagai penyerang baharu pasukan.
Pengumuman ini dibuat menerusi sebuah hantaran di laman media sosial milik Terengganu.
“Selamat Datang Mateusinho,” kata Sang Penyu dalam satu kenyataan.
Untuk rekod, kelab terakhir Mateusinho merupakan Sukhothai yang bermain di Liga Thailand selain beliau turut memiliki pengalaman beraksi di Korea dan Austria sebelum tiba di bumi Terengganu.
Musim lalu, bintang kelahiran Brazil ini berjaya menjaringkan satu gol & 6 bantuan jaringan dalam 30 penampilan bersama Sukhothai.