Piala FA
MFL
Advertisements

Pertembungan separuh akhir Piala FA antara pasukan Terengganu dan KL City berlangsung dengan cukup sengit di Gong Badak.

Advertisements

Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik sambil asakan awal dilakukan untuk mencari gol pembukaan permainan.

Anak didik Tomislav Steinbrückner lebih selesan mengawal permainan memperoleh peluang terbaik di hadapan gawang yang terbuka luas namun Sony Norde gagal menyudahkan peluang tersebut.

Advertisements

The City Boys juga mendapat peluang menjaringkan gol pada babak pertama menerusi hantaran lintang T. Saravanan namun rembatan Zhafri Yahya dihalang benteng pertahanan Terengganu.

Bersambung babak kedua, Terengganu tampil lebih garang untuk mencari gol pendahuluan namun percubaan demi percubaan digagalkan oleh pasukan pelawat.

Advertisements

KL City memperoleh detik terbaik untuk menjaringkan gol menerusi pemain gantian, Sean Giannelli namun dua rembatannya melepasi palang gol sungguhpun sebelum itu percubaan pemain Terengganu, Nik Sharif ditangkap kemas oleh Azim Al-Amin.

Perlawanan memasuki masa tambahan setelah keputusan seri sehingga 90 minit tamat.

Perlawanan kekal terikat tanpa jaringan sehingga memasuki ke penentuan penalti.

Keputusan sepakan penalti menyaksikan kemenangan berpihak kepada KL City dengan 4-2.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram