Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu FC sentiasa komited dalam memastikan padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) berada dalam keadaan terbaik.

Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menerusi satu hantaran di Facebook.

Meskipun mengakui padang SSMZA berada dalam keadaan terbaik dan mendapat pujian ramai pihak, beliau melihat masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Advertisements

Ini termasuk mewujudkan tapak semaian rumput jenis Bermuda Princess 77 bersebelahan SSMZA. Dengan adanya tapak semaian ini, ini memudahkan usaha menggantikan rumput stadium sekiranya timbul isu padang bermasalah.

“Komitmen kami untuk memastikan penjagaan padang ini sentiasa diberikan perhatian, satu kawasan nursery dan pembenihan rumput Bermuda Princess 77 akan diwujudkan bersebelahan stadium untuk dijadikan sebagai gantian rumput rosak dalam kawasan padang.

“Ini semua komitmen kami untuk melihat padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin terus menjadi lokasi yang memuaskan buat setiap perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M),” katanya.

Advertisements

Hishamuddin yang juga Exco Pembangunan Belia, Sukan & NGO Terengganu turut memaklumkan kerja-kerja menggantikan bahagian rumput padang SSMZA yang bermasalah sudah dimulakan.

Ini selepas beliau ditanya oleh seorang penyokong sama ada wujud keperluan untuk menggantikan keseluruhan padang atau sebaliknya.

“Tidak perlu cabut. Hanya baiki bahagian yang bermasalah secara berperingkat. (Kerja) ini sedang dibuat sekarang. Kepingan rumput yang akan ditampal semula selepas siap,” tambahnya.

Advertisements

Hishamuddin turut memuatnaik gambar tinjauan padang SSMZA yang dilakukan pengurusan Terengganu baru-baru ini.

425859552 987515882734893 8624156166421236429 n Terengganu Wujudkan Kawasan Tapak Semaian, Pastikan Padang SSMZA Dalam Keadaan Terbaik
Pengurusan Terengganu meninjau kerja-kerja penggantian rumput SSMZA. Sumber: Hishamuddin Abdul Karim.

Tinjauan ini diketuai beliau sambil diiringi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Mohd Sabri Abas dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Terengganu FC, Mohd Syahrizan Mohd Zain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram