Ucapan terima kasih dan tahniah dikalungkan buat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di atas kejayaan merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo.
Untuk rekod, ini merupakan penampilan kedua Zii Jia di pentas Olimpik selepas kali pertama pada edisi 2020 di Tokyo yang menyaksikan wakil negara ini terkandas di pusingan 16 terbaik.
Kejayaan pada edisi kali ini dicapai setelah menundukkan Lakshya Sen dalam aksi tiga set 13-21, 21-16 dan 21-11 sekaligus mengakhiri badi di tangan wakil India ini dalam 3 pertemuan terakhir.
Semangat juang tinggi hadir selepas melihat kebangkitan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tampil bertenaga menewaskan wakil Denmark dan merangkul pingat gangsa.
Setakat ini, kontinjen negara telah mengumpul dua pingat gangsa hasil persembahan cemerlang 2 wakil badminton negara dan koleksi pingat dijangka bertambah daripada sukan lain.
Perjalanan Zii Jia untuk menghadiahkan pingat gangsa ini bukanlah mudah setelah muncul juara kumpulan G dengan menewaskan wakil Sri Lanka dan pemain Sepanyol.
Di pusingan 16, anak jati Kedah ini dijadualkan berdepan Toma Junior Popov dari Perancis dan memerlukan 47 minit untuk menyingkirkan jaguh tuan rumah itu untuk ke suku akhir.
Anders Antonsen menjadi lawan di suku akhir dan Zii Jia tampil cemerlang menumbangkan pemain Denmark itu sebelum akur tunduk di tangan Kunlavut Vitidsarn di separuh akhir.
Kekalahan kepada juara dunia ini tidak melemahkan Zii Jia malah juara All England 2021 ini bangkit bagi meraih pingat gangsa dan berada di atas podium bersama finalis Olimpik kali ini.