Ads
5 Fakta Penting Tentang Kemenangan Aaron Chia-Wooi Yik Di Olimpik
UltraSukan
Majlis Sukan Negara Malaysia

Ini merupakan lima fakta penting dan menarik di sebalik kemenangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Sukan Olimpik Paris.

Advertisements

Pada Ahad, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijadualkan turun menentang wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam aksi penentuan pingat gangsa.

Advertisements

Ini setelah pasangan negara tumpas kepada beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang di peringkat separuh akhir, begitu juga dengan Kim-Anders yang tewas kepada wakil Chinese Taipei.

Advertisements
Advertisements

Dalam aksi tersebut, Aaron-Wooi Yik dipaksa bekerja keras sebelum menoktahkan kemenangan dalam aksi 3 set 16-21, 22-20, 21-19 sekaligus mempertahan pingat gangsa yang dimenangi di Tokyo.

Di sebalik kemenangan penuh bersejarah ini, terdapat lima fakta menarik yang berlaku.

Advertisements

1. Untuk 2 edisi berturut-turut, beregu dari China menjadi penghalang untuk Aaron-Wooi Yik mara ke final.

Pada edisi 2020 di Tokyo, pasangan negara ini tumpas di tangan Li Jun Hui-Liu Yu Chen di separuh akhir manakala pada Olimpik Paris, Liang Wei Keng-Wang Chang pula menafikan kemaraan Aaron-Wooi Yik.

2. Kemenangan ke-8 Aaron-Wooi Yik ke atas pasangan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam 12 pertemuan.

Aksi semalam merupakan pertembungan ke-12 antara kedua-dua pasangan dengan Aaron-Wooi Yik tampil lebih dominan dengan merekod 8 kemenangan manakala Kim-Anders meraih 4 kemenangan.

3. Aaron-Wooi Yik menewaskan pasangan di ranking ke-2 dunia untuk meraih pingat gangsa dalam 2 edisi berturut-turut.

Pada edisi 2020, Aaron-Wooi Yik menumbangkan Ahsan-Hendra dari Indonesia yang ketika itu menduduki ranking ke-2 dan kini skrip sama berulang dengan Kim-Anders juga berada di kedudukan kedua dunia.

4. Aaron Chia dan juga Soh Wooi Yik kini mengikuti jejak langkah Datuk Lee Chong Wei.

Kejayaan di Paris meletakkan Aaron-Wooi Yik kini berada di dalam kelompok atlet elit seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Azizulhasni Awang dan Dato Pandalela Rinong yang memiliki lebih dari satu pingat Olimpik.

5. Pingat ke-10 dari sukan badminton buat kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik.

Advertisements

Pingat gangsa yang disumbang Aaron-Wooi Yik ini adalah pingat ke-10 dari sukan badminton untuk kontinjen negara sejak sukan ini diperkenalkan pada temasya Olimpik 1992 di Barcelona.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram