Terkini: Ng Tze Yong Tersingkir Dari Olimpik
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa melupakan hasrat beliau menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 akibat kecederaan yang dialami.

Menerusi satu kenyataan di media sosial rasmi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Pengarah Teknikal, Rexy Mainaky mengesahkan bahawa Tze Yong bakal menarik diri dari kejohanan Badminton Asia Championship (BAC) minggu hadapan.

“Keutamaan kami adalah sentiasa kesihatan pemain kami. Pemulihan Tze Yong dan keadaan keseluruhan beliau adalah kebimbangan utama kami. Berdasarkan penilaian perubatan, dengan berat hati beliau akan menarik balik daripada bertanding di BAC,” ujar Rexy di dalam kenyataan tersebut.

Advertisements

Penarikan diri ini bakal menyebabkan impian pemain berusia 24 tahun ini untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik turut terkubur selepas kiraan mata Race To Paris tidak mencukupi buat beliau layak.

Walau bagaimanapun, Rexy optimis dengan kemampuan Tze Yong untuk kembali bangkit di masa akan datang seterusnya layak ke Olimpik empat tahun lagi di Los Angeles.

Advertisements

“Kami akan memantau dengan teliti perkembangan dan keadaannya dalam beberapa minggu akan datang. Tze Yong mempunyai karier yang menjanjikan di masa hadapan, dan adalah penting untuk memberi tumpuan kepada pemulihan sepenuhnya,” tambah Rexy lagi.

“Walaupun ketiadaannya dalam BAC juga akan menyebabkan dia keluar dari persaingan ke Olimpik Paris, dia masih muda dan akan mempunyai peluang untuk bersaing dalam Olimpik masa depan.”

Advertisements

Ketiadaan Ng Tze Yong di pentas Olimpik nanti menyaksikan hanya Lee Zii Jia bakal membawa cabaran negara dalam saingan perseorangan lelaki pada temasyan yang akan bermula pada 26 Julai hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram