Terkini: Pandelela Rinong & Dhabitah Sabri Tersingkir Dari RTG
UltraSukan
Team Malaysia
Advertisements

Dua ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri sah digugurkan daripada program Road to Gold (RTG).

Perkara ini disahkan oleh Koordinator RTG, Datuk Stuart Ramalingam dalam sidang media khas Jawatankuasa RTG yang berlangsung hari ini.

Pandelela dan Dhabitah tersingkir kerana gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan RTG iaitu layak secara merit ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Advertisements

Ini selepas kedua-duanya gagal layak dalam beberapa acara yang disertai Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar awal Februari lalu.

“Untuk atlet yang sedia ada, Jawatankuasa (RTG) telah memutuskan untuk mengeluarkan dua penerjun wanita negara iaitu Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.

“Dan dengan kriteria sedia ada dalam program Road to Gold, keputusan terpaksa diambil oleh jawatankuasa untuk mengeluarkan kedua-dua atlet ini,” katanya dalam sidang media Jawatankuasa RTG.

Advertisements

RTG turut mengumumkan seorang lagi penerjun negara, Bertrand Rhodict menjadi atlet terbaru menyertai program tersebut.

Bertrand turut menjadi atlet pertama yang terpilih untuk menyertai program Fast Track. Program ini yang memfokuskan kepada atlet berusia 16-25 tahun itu bakal bermula selepas tamat Sukan Olimpik 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram