Terlalu Panas, Tuchel & Conte Dilayangkan Kad Merah
Dunia
getty images
Advertisements

Minggu kedua saingan Liga Perdana Inggeris menyaksikan pertembungan ‘London Derby‘ iaitu Chelsea menentang Spurs di Stamford Bridge. 

Terdapat insiden panas dimana kedua jurulatih pasukan dilayangkan kad merah sejurus selepas perlawanan akibat pertengkaran yang berlaku semasa berjabat tangan.

Jika dilihat pada awalnya, Conte tidak mahu bertentangan mata ketika berjabat tangan bersama Tuchel, lalu beliau (Tuchel) menahan tangan Conte dan menunjukkan reaksi ‘eyes on eyes’ ketika berjabat.

Advertisements

Semasa gol penyamaan daripada Hojberg, Conte meraikan kemenangan dihadapan Tuchel dan berlakunya pertelingkahan pertama dan kad kuning pertama buat kedua jurulatih tersebut. 

Ketika Reece James menjaringkan gol kedua buat Chelsea, Tuchel meraikannya dengan berlari meluru ke arah Conte. Namun, perkara itu tidak disedari oleh beliau (Conte).

Ini respon daripada Conte setelah melihat gambarnya ini.

Advertisements

Kedua-dua jurulatih ini mempunyai ‘passion’ yang luar biasa terhadap bola sepak. Oleh sebab itu, terjadinya pertelingkahan ini.

Ini menjadikan pertembungan ‘London Derby’ selepas ini akan menjadi tontonan ramai kerana pastinya ada insiden panas yang berlaku.

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan 2-2.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram