Terpukau, Kim Pan-gon Lawat Fasiliti JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Jurulatih baharu pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon hari ini melakukan lawatan rasmi ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut satu hantaran oleh laman rasmi pasukan iaitu Johor Southern Tigers, pengendali berusia 52 tahun itu bersama-sama barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya dan Pegawai-Pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melakukan rombongan tersebut.

Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk melihat dengan lebih dekat kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh kelab kepada para pemain.

Advertisements

Bukan itu sahaja, kunjungan itu turut disambut baik oleh pemilik kelab JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di ibu pejabat JDT.

Pan-gon dan barisan kejurulatihan juga tidak ketinggalan untuk dibawa ke Stadium Sultan Ibrahim yang merupakan binaan yang paling ikonik di Iskandar Puteri selain turut berkesempatan untuk melihat Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam.

Ini juga dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada jurulatih Korea Selatan ini mengenai usaha yang dilakukan oleh JDT bagi meletakkan kelab ini sebaris dengan gergasi Asia yang lain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram