Thailand Bakal Uji Pasukan Piala Dunia 2018
MakanBola
Changsuek / Сборная России
Sponsors

Skuad kebangsaan Thailand bakal beraksi dalam satu perlawanan antarabangsa menentang pasukan yang beraksi di pentas Piala Dunia 2018 iaitu Russia.

Thailand yang kini berada di ranking ke-100 dalam Ranking FIFA bakal membuat penampilan menentang pasukan yang berada di ranking ke-33 dunia.

Ad
Sponsors

Dalam satu ciapan yang dimuat naik wartawan Thailand iaitu Talao, pasukan Thailand kini sedang berunding dengan pasukan Russia untuk mengadakan satu aksi persahabatan. Skuad Gajah Perang ini bakal menjadi tuan rumah dan melayan kunjungan Russia.

Ad

Jika rundingan ini tercapai, perlawanan ini dijadual berlangsung pada Khamis, 5 September 2024 di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Ad

Thailand dalam pada itu juga dijadual menentang jaguh Asia Tenggara iaitu pasukan Vietnam pada bulan September kelak di bumi Hanoi.

Ad

Dua siri persahabatan iaitu menentang Vietnam dan Russia ini dilihat sebagai persiapan terbaik buat skuad kendalian Masatada Ishi sebelum turun beraksi dalam kempen King’s Cup 2024 pada Oktober dan ASEAN Championship 2024 pada November 2024.

Ad