Asia
Changsuek
Advertisements

Skuad kebangsaan Thailand merupakan salah satu pasukan yang belum tiba di Qatar bagi meghadapi saingan Piala Asia 2023.

Advertisements

Skuad kendalian Masatada Ishii itu kini masih berada di Thailand dan bakal menghadapi satu perlawanan latihan sebelum berangkat ke Qatar.

Persiapan Thailand dlilihat tidak seperti pasukan-pasukan lain yang bersaing di Piala Asia. Ketika pasukan lain mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan, Thailand hanya mempersiapkan diri dengan perlawanan menentang pasukan Thailand Bawah 23 tahun.

Advertisements

Melalui satu hantaran dari Asean Football di laman X, Thailand dijadualkan bertemu Thailand B-23 pada 10 Januari dalam satu perlawanan persahabatan tertutup sebelum berangkat ke Qatar pada 11 Januari.

“Pasukan kebangsaan Thailand dijadual bermain perlawanan persahabatan tertutup menentang Thailand U23 pada 10 Januari sebelum berlepas ke Qatar pada 11 Januari,” coret Asean Football di laman X.

Advertisements

Barisan pemain yang dibawa Thailand ke Piala Asia juga menimbulkan sedikit kegusaran buat para peminat mereka.

Mereka kehilangan Teerasil Dangda dan Chanathip Songkrasin selain pemain bintang Ekanit Panya yang menarik diri dari pasukan kebangsaan.

Untuk kempen Piala Asia ini, Thailand diundi di dalam Kumpulan F bersama-sama Arab Saudi, Kyrgyzstan dan juga Oman.

Thailand dijadualkan bertemu Kyrgyzstan dalam perlawanan pertama pada 16 Januari. Manakala dalam perlawanan kedua, mereka bakal berdepan Oman pada 21 Januari sebelum aksi terakhir menentang Arab Saudi pada 25 Januari.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram