Ads
Thailand Ke Piala Dunia Uzbekistan 2024
UltraSukan
FA Thailand

Pasukan gergasi futsal Asia Tenggara, Thailand mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia Futsal 2024 di Uzbekistan.

Advertisements

ASEAN Football melaporkan Thailand, Iran, Tajikistan, Afghanistan dan tuan rumah Uzbekistan menjadi wakil Asia dalam kejohanan futsal berprestij itu.

Advertisements

Thailand, Iran dan Tajikistan mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia Futsal 2024 selepas menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir Piala Asia Futsal 2024.

Advertisements
Advertisements

Anak buah Miguel Rodrigo layak selepas menewaskan wakil Asia Barat, Iraq 3-2. Sementara Iran dan Tajikistan masing-masing menewaskan Afghanistan dan Kyrgyzstan.

Pemenang perlawanan di peringkat tersebut layak secara automatik ke Piala Dunia Futsal 2024.

Advertisements

Sementara pasukan yang tewas pula perlu menempuh pusingan play-off untuk menentukan pasukan terakhir membawa cabaran Asia ke kejohanan berkenaan.

Afghanistan mengiringi tiga pasukan itu ke Piala Dunia Futsal 2024 selepas menewaskan Kyrgyzstan 5-3 dalam aksi penentuan play-off pada 28 April lalu.

28 April turut menyaksikan Thailand terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada Iran di pentas final Piala Asia Futsal 2024. Manakala Uzbekistan muncul pasukan ketiga terbaik kejohanan apabila menewaskan Tajikistan menerusi penentuan penalti.

Advertisements

Piala Dunia Futsal 2024 bakal membuka tirainya di Uzbekistan dari 14 September hingga 6 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram