Advertising
Thailand ‘Rantai’ Syria
MakanBola
Changsuek

Pasukan muda Thailand melakar kejutan apabila merantai jaguh Asia Tengah, Syria.

Skuad kendalian Emerson Pereira turun dengan kesebelasan terbaik untuk bangkit memungut mata penting pada peringkat kumpulan.

Ad

Thailand telah tewas dua aksi awal menentang jaguh Asia, Jepun dengan keputusan 3-0 sebelum dihukum dengan satu lagi kekalahan besar (4-1) di tangan Korea Selatan.

Ad

Aksi terakhir kumpulan menyaksikan Syria memberikan cabaran terbaik namun hanya mampu untuk membuka tirai jaringan pada babak kedua.

Pemain muda berbakat, Ahmad Alkalou meletakkan Syria di depan pada minit ke-52 sebelum Mohammed Al-Mustafa menjaringkan gol kedua pada minit ke-71.

Ad

Thailand bangki dengan dua jaringan lewat menerusi Thanawut Phochai pada minit ke-73 dan 81 untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 2-2.

Ad

Keputusan itu tidak mampu untuk mengubah nasib pasukan yang menghuni tangga tercorot dengan satu mata manakala Syria di tangga ketiga dengan dua mata.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments